fbpx

Ibu siram air kecil ke rumah jiran hampir setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu sanggup menyiram air kecil di rumah jirannya di Sidoarjo baru-baru ini. - Foto YouTube/Tribun Sulbar

JAKARTA – Satu rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang ibu menyimbah air kecil ke rumah jirannya di Sidoarjo, Jawa Timur akhirnya menjadi tular di media sosial, lapor portal berita SerambiNews.com hari ini.   

Rakaman video itu menunjukkan pelaku turut membawa pinggang berisi sampah dan membuangnya di rumah jiran. Selepas melakukan perbuatan tersebut, dia bertindak melarikan diri.

Pegawai polis tempatan, Supriatna berkata, perbuatan itu dilakukan hampir setiap hari berikutan konflik antara kedua-dua belah pihak.

Ibu berkenaan melakukan perbuatan itu kerana didakwa tidak dapat puas hati kerana tanah rumah yang diduduki jiran tersebut adalah milik adiknya. 

Berdasarkan siasatan, perbuatan itu dilakukan sejak 2017 dan ibu itu pernah berjanji untuk tidak melakukannya lagi. Bagaimanapun, kata ketua polis berkenaan, dia kemudian mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Supriatna, polis masih menyiasat kejadian itu. – Agensi      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI