fbpx

Pencuri gali terowong bawah tanah untuk curi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terowong itu digali di bawah bangunan sebuah hotel. - Korea Posts

SEOUL, Korea Selatan – Lapan orang ditahan kerana cuba mencuri petrol daripada saluran minyak awam selepas menggali terowong rahsia di bawah sebuah hotel, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Agensi berta Yonhap melaporkan penangkapan lapan suspek tersebut yang menyewa sebuah hotel di Cheongju. Mereka berusaha selama sebulan untuk menggali terowong rahsia ke saluran paip minyak berdekatan.

Rancangan itu didalangi seorang bekas pekerja syarikat pengendali minyak milik kerajaan, Korea Daehan Oil Pipeline Corporation yang dipecat kerana mencuri minyak.

Mereka menyewa keseluruhan hotel tersebut dan mengambil masa sebulan untuk menggali terowong menggunakan peralatan asas seperti penyodok supaya tidak menghasilkan bunyi bising.

Setelah menyewa hotel itu pada kadar 4.5 juta won (RM14,957), mereka mula menggali di bawah ruang bawah tanah bangunan itu.

Dalam masa kira-kira sebulan, lapan penjenayah itu berjaya menggali terowong sepanjang 10 meter dan berjaya mencapai jarak 30 sentimeter (sm) dari saluran paip minyak.

Ketika mereka mula bergembira, hotel itu diserbu dan semua orang di dalamnya telah ditangkap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI