fbpx

35 pelajar bunuh diri setiap hari di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar mengesahkan nombor kedudukan mereka di dalam dewan pada papan kenyataan sebelum bermulanya peperiksaan tahunan di Bangalore pada 28 Mac 2022. - AFP

NEW DELHI – Seramai sembilan pelajar meninggal dunia akibat membunuh diri di negeri Andhra Pradesh selepas Lembaga Pepe­riksaan Pertengahan Andhra Pradesh mengumumkan keputusan peperiksaan kelas 11 dan 12 pada Rabu lalu oleh, lapor laman be­rita Wion News.

Berita itu tular selepas insiden bunuh diri yang mengejutkan berlaku di beberapa kolej terkemuka India. Empat pelajar maut disyaki akibat membunuh diri pada tahun ini di beberapa kampus milik Institut Teknologi India (IIT).

Di peringkat nasional pula, Laporan Kematian & Bunuh Diri India (ADSI) oleh Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) mendapati lebih 13,000 pelajar me­ninggal dunia akibat bunuh diri pada tahun 2021. Ia adalah bersamaan lebih 35 kematian pada setiap hari.

Peningkatan sebanyak 4.5 peratus direkodkan pada 2021 berbanding 12,526 kematian pada tahun 2020, manakala 864 daripada 10,732 kes bunuh diri itu berpunca daripada kegagalan pelajar dalam peperiksaan.

Negeri Maharashtra merekodkan jumlah kematian pelajar tertinggi akibat bunuh diri pada 2021 dengan 1,834 orang, diikuti Madhya Pradesh dengan 1,308 kematian dan Tamil Nadu yang mencatatkan 1,246 kematian.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Dewasa Berdaftar di Majlis Pemulihan India (RCI), Dr. Ashima Shrivastava berkata: “Kita semua tahu wujud stigma me­ngenai kesihatan mental.”

“Ramai orang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional seperti talian kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sangat membantu,” kata­nya.

Bunuh diri menjadi punca kematian keempat tertinggi dalam kalangan belia di India dan merupakan isu yang membimbangkan kerana 65 peratus penduduk di negara itu berusia bawah 35 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI