fbpx

Tidak pakai pelitup, kerja lebih masa, 2 warga Indonesia dijel 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Padah tidak memakai pelitup muka dan bekerja di kedai makan melebihi waktu operasi yang dibenarkan, dua lelaki warga Indonesia dihukum penjara lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret B.Barath menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Asep Iskandar Nasution, 23, dan Dasmun Sanruadi, 30, selepas kedua-duanya mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah juga turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap, iaitu pada 20 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan, Asep Iskandar didapati gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah bagi mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit dengan tidak memakai pelitup muka.

Sementara Dasmun, didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengambil langkah pencegahan sama, dengan bekerja di kedai makan melebihi pukul 10 malam, yang mana waktu operasi yang dibenarkan ialah bermula 6 pagi hingga 10 malam.

Kedua-dua pemuda yang bekerja sebagai pembantu kedai, didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah kedai makan di Taman Medan di sini pukul 11.15 malam pada 20 Oktober lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut kesalahan di bawah peraturan 10 peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (no 8) 2020, yang boleh dihukum di bawah peraturan 11(1) peraturan-peraturan yang sama.

Hukuman bagi kesalahan itu memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zahirah Syed Mustapa hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada mereka dan orang awam.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi hukuman ringan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI