fbpx

Jakim panggil wanita kongsi cerita senggama di channel Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Na'im

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar memandang serius penglibatan individu wanita yang menjadi pentadbir akaun Telegram mempunyai perkongsian tidak sepatutnya.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.

“Saya juga telah mengarahkan Jakim untuk memanggil dan membuat pertemuan bersama pihak yang berkaitan dengan memberikan nasihat serta bimbingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam kehidupan ini ada satu akhlak yang paling penting iaitu perasaan malu dalam diri seseorang.

“Nabi S.A.W pernah bersabda, sesungguhnya diantara yang didapatkan manusia dari perkataan (yang disepakati) para Nabi adalah jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)

“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.

“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah. Ini bukan akhlak Islam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI