fbpx

Kes buli: Tujuh individu dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang pelajar tingkatan tiga dipukul beramai-ramai sambil ditonton lebih 10 orang di trek Motocross Taman Melawati, Ampang, Isnin lalu.

AMPANG JAYA- Polis merekodkan keterangan tujuh individu berhubung seorang pelajar tingkatan tiga dipukul beramai-ramai membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Melawati, di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, tujuh individu berkenaan dipercayai terdiri daripada suspek dan saksi yang berada di lokasi kejadian namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut kes buli berkenaan.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo melaporkan pelajar berusia 15 tahun dibelasah kerana perselisihan faham dengan pelajar tingkatan lima dalam kejadian di Trek Motocross, Taman Melawati, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, mangsa ditumbuk di dada, dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar tingkatan lima.

Selepas kejadian itu, mangsa sekali lagi diajak oleh lima suspek ke Bukit Mar Mar pada pukul 3 petang sebelum dipukul dengan disaksikan antara sekitar 15 pelajar.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi, luka kening kiri, rahang selain bengkak pada tengkuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI