fbpx

PRN: BN perlu tampilkan calon ‘mesti’ menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD Hasan menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar Ke-26 di Seremban hari ini.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) akan menampilkan calon yang mesti membawa kemenangan kepada parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung di enam buah negeri tahun ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PRN kali ini akan memberikan cabaran lebih berat buat BN dan UMNO, oleh itu proses penyaringan calon perlu dilakukan dengan sebaik mungkin bermula di peringkat negeri.

“Negeri-negeri akan menyenarai pendek calon-calon mereka, kali ini tugas lebih berat lagi, kerana kita perlu pilih calon yang mesti menang, bukan boleh menang.

“Persepsi sekarang macam-macam terhadap parti, kita perlu letakkan calon yang mesti menang, bukan sebarang calon. Maka penyaringan calon-calon di peringkat negeri dan bahagian masing-masing itu perlu dilakukan dengan terbaik yang mungkin.

“Penting bagi kita adalah mahu menang pada pilihan raya, bukan kira mahu bertanding berapa banyak mahu tetapi akhirnya kalah buat apa. Kami mahu letakkan calon yang mesti menang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar Ke-26 di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan rundingan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH), Mohamad yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN memaklumkan,. jumlah kerusi yang akan ditandingi kedua-dua blok parti itu masih belum ditentukan.

“Memang kita (BN dan PH) akan bertanding di kesemua kerusi, tetapi berapa BN akan bertanding sama ada di Negeri Sembilan atau Selangor itu belum dimulakan rundingannya. Sebab seperti saya katakan, hal calon ini elok dibuat kemudian.

“Kita mantapkan dan sediakan jentera terlebih dahulu, apabila sudah bersedia, biar pemimpin-pemimpin parti yang akan berunding mengenai pembahagian kerusi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI