fbpx

Cuaca terlalu panas, telur masak bawah panas terik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eksperimen masak telur dipercayai dilakukan di Perlis raih perhatian orang ramai di Twitter. FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Eksperimen masak telur bawah cahaya matahari dipercayai dijalankan sekitar negeri Perlis telah meraih perhatian pengguna Twitter setelah pemilik akaun @Cikgu_Anep berkongsi ciapan berkenaan tengah hari tadi.

Setakat ini, hantaran berkenaan telah mendapat tontonan hampir 150,000, 652 retweet serta lebih 1,400 sukaan di platform terbabit.

“Bagus idea ni. Cubaan menggoreng telur di bawah cahaya terus matahari lulus!.

“Kalau macam tu, aku rasa aku dah boleh dah jual ayam gunting tanpa gunakan gas dekat Perlis ni,” ciapnya di Twitter.

Susulan perkongsian berkenaan, ramai pengguna Twitter teruja melihat eksperimen masak telur itu di samping turut berkongsi cuaca panas di kawasan masing-masing.

“Kuala Lumpur punya panas pun dah berkicap. Belah Utara kalau macam ni punya panas panggang saja aku,” seloroh @meeyh.

“Sepanjang duduk Perlis, tak pernah terfikir pula nak buat eksperimen macam ni,” komen @potatopenyet.

“Terlampau panas, bukan setakat telur boleh masak, kita berdiri dekat luar pun macam kena bakar,” ujar @olivershizuoka.

“Benda ni lama dah aku terfikir cuma buat saja belum,” kata @rain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI