fbpx

Pegawai bomba maut, motosikal langgar kerbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggangi Mohd. Haziq selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bandau/Kuala Penyu, Kampung Purun malam tadi. -FOTO IHSAN POLIS

BEAUFORT – Seorang pegawai bomba maut selepas motosikal ditungganginya terlanggar kerbau dalam kejadian di Jalan Bandau/Kuala Penyu, Kampung Purun malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 8.40 malam itu, Pegawai Bomba (BP) Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC seorang diri dari tempat kerja menuju ke rumahnya di Kampung Tidong, Kuala Penyu.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggangnya dipercayai terlanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan raya.

“Ekoran itu, mangsa telah terjatuh lalu mengalami kecederaan sebelum ditemui orang awam dan dikejarkan ke Hospital Kuala Penyu oleh ambulans.

“Namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan akibat parah di bahagian kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Yusoff Zaki berkata, kerosakan utama motosikal mangsa akibat kemalangan adalah di bahagian hadapan.

“Siasatan juga di tempat kejadian mendapati keadaan gelap tanpa lampu jalan dan cuaca baik. Siasatan masih diteruskan termasuk mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI