fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Kayuhan Nur Aisyah beri gangsa di Seam Reap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelumba wanita negara, Nur Aisyah Zubir bersama pingat gangsa yang dimenanginya hari ini. - Foto ihsan MSN / MOM

PHNOM PENH – Skuad berbasikal lebuh raya negara melabuhkan tirai saingan temasya Sukan SEA Kemboja 2023 dengan pingat gangsa menerusi acara lepas beramai-ramai individu lelaki yang berlangsung di Angkor Wat, Siem Reap sebentar tadi.

Pelumba wanita negara, Nur Aisyah Zubir terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga berdasarkan penentuan ‘photo finish’ dengan catatan masa 2 jam 48 minit 39 saat (100.4 kilometer).

Pingat emas dimenangi pelumba Vietnam, Nguyen Thi That manakala pelumba Thailand, Jutatip Maneephan membawa pulang perak.

Jurulatih skuad berbasikal lebuh raya wanita negara, Amir Mustafa mengakui negara pesaing seperti Thailand dan Vietnam membariskan pelumba berpengalaman sekali gus memberi kelebihan kepada mereka pada saingan kali ini.

“Kita sedar cabaran cukup sengit kerana Thailand dan Vietnam membariskan skuad terbaik mereka sekali gus sukar untuk pelumba kita meraih pingat emas.

“Apa yang penting pelumba wanita negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih gangsa sekali gus tidak pulang tangan kosong pada hari terakhir acara berbasikal dipertandingkan di Sukan SEA kali ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI