fbpx

MPV polis terbalik: Janda anak dua antara diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan dua gambar antara empat suspek yang diberkas disyaki terlibat dalam kejadian kemalangan meragut nyawa seorang anggota polis semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan empat suspek termasuk seorang janda anak dua yang dipercayai terlibat kes langgar anggota polis hingga menyebabkan kematian dalam tiga serbuan berasingan di bandar raya ini dan di Kulai semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 27 tahun ditahan dalam serbuan antara pukul 2 petang hingga 9 malam di sekitar Kampung Melayu Seelong, Senai dan Kampung Melayu Pandan.

Beliau berkata, tangkapan pertama sekitar pukul 2 petang melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun merupakan seorang pekerja kilang.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati kereta Perodua Myvi berwarna Ungu yang dipandu suspek semasa kejadian tersebut itu disewa atas nama wanita terbabit sebelum dipinjamkan kepada teman lelakinya.

“Susulan penahanan janda anak dua itu, kita menahan dua lelaki termasuk teman lelaki wanita itu masing-masing berusia 24 tahun yang tidak bekerja dalam serbuan pada pukul 6 petang.

“Suspek terakhir  ditangkap ialah seorang lelaki berusia 25 tahun, merupakan individu yang membawa kereta Perodua Myvi ketika kejadian berlaku dan ditahan pada pukul 9 malam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini tadi.

Katanya, berdasarkan tangkapan dibuat, pihaknya mengesahkan pemandu ketika kejadia ialah seorang lelaki berusia 25 tahun .

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi semalam, seorang anggota polis, Konstabel Nicholester Dadup Anak Unggat, 20, maut selepas cedera parah pada bahagian kepala.

Manakala pemandu MPV, Lans Koperal Mohd. Fadhirul cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi ketika mengejar penjenayah sebelum terbalik.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI