fbpx

Gelandangan buang air besar pada bendera LGBTQ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat seorang gelandangan, Fred Innocent dirakamkan menerusi pengawasan restoran Buceo 95, New York pada 15 April lalu. - Foto Buceo 95

NEW YORK – Polis bandar raya New York mendakwa seorang gelandangan dengan jenayah kebencian kerana membuang air besar pada bendera golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) di sebuah restoran kelmarin, lapor portal berita Washington Times.

Fred Innocent turut menggunakan sehelai bendera LGBTQ lain untuk mengelap punggungnya selepas membuang air besar.

Innocent dituduh mengambil dua bendera dari meja di meja makan Buceo 95, Upper West Side pada 15 April lalu dan membuang air besar di atas salah satu daripadanya, demikian menurut pihak berkuasa. 

Insiden dirakamkan oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) restoran itu.

Innocent, 45, turut didakwa atas kesalahan pecah rumah dan pencerobohan jenayah.

“Ini adalah jenayah kebencian total. Dia masuk dalam tempoh 15 minit selepas kami membuka restoran,” kata pemilik restoran itu, Courtney Barroll kepada portal berita New York Daily News. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI