fbpx

Lelaki berdepan hukuman mati, bunuh adik kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arden (baju ungu) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. -Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas dakwaan membunuh adik kandungnya pada 4 Mei lalu.

Tertuduh, Arden Mattson Maturin, 26, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini.

Arden melakukan jenayah itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan ketika prosiding di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Mahkamah menjelaskan pengakuan tertuduh tidak diambil kerana prosiding di Mahkamah Majistret hari ini hanya untuk proses sebutan kes.

Jessica kemudian menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Arden didakwa membunuh adiknya, Audrey Maturin, 24, antara pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang di rumah Nombor 10, Taman Prestij, Jalan Signall Hill pada 4 Mei lalu.

Tertuduh juga adalah seorang bekas pemain ragbi Sabah dan kini masih aktif bermain bersama sebuah kelab tempatan.

Pendakwaan dikendalilan oleh Albert Basiri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI