fbpx

DUN Selangor kecoh gara-gara pakai baju kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Imran (kiri); Zakaria (dua kanan) dan Mohd. Shamsudin hadir ke sidang DUN dengan memakai baju kebangsaan. -FOTO : ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang berlangsung hari ini kecoh selama 10 minit gara-gara isu pakaian kumpulan pembangkang yang memakai baju kebangsaan.

Ia berikutan teguran Speaker DUN, Ng Suee Lim yang menyatakan kesemua wakil rakyat tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan dalam etika berpakaian ketika sesi tersebut.

Mereka yang memakai baju kebangsaan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar merangkap Ketua Pembangkang, Rizam Ismail; ADUN Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias;Datuk Mohd. Imran Tamrin ( ADUN Sungai Panjang); Zakaria Hanafi (ADUN Semenyih) dan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang).

“Saya telah tetapkan bahawa hari biasa perlu memakai baju long suit manakala Jumaat pula dibenarkan memakai baju Melayu.

“ADUN adalah pemimpin yang dipilih rakyat dan mereka perlulah matang. Bagaimana rakyat melihat ADUN yang mereka pilih tetapi tidak patuh pada peraturan yang ditetapkan,” katanya Suee Lim.

Bagaimanapun, Mohd. Imran mempertahankan tindakan memakai pakaian kebangsaan sepanjang sesi sidang berlangsung kerana tiada penetapan peraturan berhubung perkara tersebut. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI