fbpx

Orang ramai dapati Kemboja guna pemain badminton China?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zhou Meng (kiri) ketika mewakili China manakala menggunakan nama Chourng Meng ketika mewakili Kemboja.

PETALING JAYA – Pengguna media sosial ketika ini telah berjaya mengesan terdapat kelibat pemain badminton wanita dari China, Zhou Meng mewakili pasukan badminton Kemboja.

Melalui laman sosial Facebook Troll SEA Games Official, pemain tersebut tidak menggunakan nama Zhou Meng ketika mewakili Kemboja, sebaliknya menggunakan panggilan Chourng Meng.

“Kemboja menggunakan pemain ini iaitu dari China hanya untuk berhadapan dengan Laos dan menyekat penyertaan negara tahap 1 semata-mata ingin mendapatkan pingat emas.

“Memang peraturan tersebut boleh dilakukan, tetapi kenapa Kombaja takut sangat dengan Laos sehingga guna pemain ini,” jalas laman tersebut.

Melalui Troll SEA Games Official juga, difahamkan ketika pasukan Kemboja memenangi pingat emas selepas berjaya menundukkan pasukan Myanmar pada acara badminton berpasukan campuran, Zhou Meng dikatakan tiada dalam upacara pembahagian pingat.

Ramai pengguna media sosial terutamanya dari Malaysia dan Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan tuan rumah yang menghalang penyertaan dua pasukan terkuat badminton di Asia itu.

“Mereka (Kemboja) kata ini adalah sejarah pertama mereka merangkul pingat emas dalam Sukan Sea. Sejarah yang amat bermakna bagi mereka, tapi bagi kita itu adalah sampah,” jelas seorang pengguna media sosial.

“Kalau aku jadi warga Kemboja, rasanya malu kalau dapat pingat emas sebegitu, dengan Laos pun boleh guna pemain dari China dan tidak guna anak tempatan meraka.

“Hebat penganjuran Sukan Sea kali ini, lepas ini apa pula yang bakal berlaku,” jelas Hernawan Agus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI