fbpx

Mayat lelaki lemas ditemukan tersangkut di paya bakau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Azri Abdullah yang lemas ditemukan di celahan pokok bakau di Pantai Kampung Balak, Pasir Panjang, Port Dickson selepas dilaporkan hilang di bawa arus dan air pasang sejak petang semalam.

PORT DICKSON- Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas sejak petang semalam ditemukan di Pantai Kampung Balak, Pasir Panjang dekat sini kira-kira pukul 1.30 petang tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Azri Abdullah, 25, ditemui tersangkut di kawasan pokok bakau selepas hilang dibawa arus dan air pasang ketika cuba mengharungi air laut untuk memancing di Pulau Asam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

“Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah pokok bakau sekitar pukul 1.30 petang dan mayat mangsa telah serahkan kepada polis untuk urusan seterusnya.

“Mayat dibawa ke Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengkebumian di Tanah Perkuburan Bandar Sunggala,” katanya.

Mangsa meninggalkan isteri, Nurhidayah Tus Salikin Mohd. Said, 33, dan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga dan setahun. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI