fbpx

MotoGP: Jorge Martin masih lagi gembira di Pramac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN menolak khabar angin menyertai Yamaha musim depan bagi menggantikan tempat Morbidelli. – AFP

LE MANS, Perancis – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin menafikan khabar angin yang menyatakan dia akan menyertai pasukan Monster Energy Yamaha untuk menjadi rakan sepasukan, Fabio Quartararo musim depan.

Martin sebelum ini kecewa apabila terlepas peluang untuk menyertai pasukan utama dari Ducati selepas pasukan Itali tersebut membawa masuk Enea Bastianini untuk bersama Frances­co ‘Pecco’ Bagnaia musim ini.

Pelumba berusia 25 tahun tersebut memasang impian untuk berada dalam pasukan utama meskipun kontraknya akan berakhir pada penghujung musim 2024 nanti.

“Bagi saya masih awal, kerana kami semua dalam kontrak dua tahun. Jadi, mari kita tunggu dan lihat. Sekarang ini tahun pertama menyertai pasukan Pramac. Saya tidak tergesa-gesa. Pada saat ini, saya fikir mahu kekal bersama Pramac,” tegas Martin.

Franco Morbidelli adalah pelumba Yamaha yang akan kehilangan tempat sekiranya masih gagal untuk bangkit.

Sekiranya Martin menyertai Yamaha, Pramac Racing mahu menggantikan tempat tersebut dengan Marco Bezzecchi yang kini mewakili pasukan Mooney VR46. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI