fbpx

Usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, hak mereka – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZALINA (tiga dari kanan) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Kejora di Bandar Penawar, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Tindakan Badan Peguam Malaysia meluluskan usul tidak percaya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ketika Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) adalah hak badan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Kerajaan Madani merupakan sebuah kerajaan yang terbuka menerima kritikan daripada semua pihak termasuk badan profesional.

“Pada saya hak masing-masing hak persatuanlah, kalau mereka percaya itu percaya itulah, saya hendak buat macam mana.

“Pada saya Kerajaan Madani ini kerajaan yang mengamalkan demokrasi dan kita mesti terbuka menerima kritikan daripada rakyat atau badan professional.

“Bagi saya Kerajaan Madani mesti menjadi kerajaan yang bertanggungjawab yang menekankan aspek ketelusan dan akauntibiliti,” katanya kepada media ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pengerang di Dewan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), di Bandar Penawar, di sini hari ini.

Terdahulu, kelmarin Majlis Peguam dilaporkan meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus atas alasan gagal mempertahankan Badan Kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Ia juga memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk memberikan notis kepada Idrus untuk membawa prosiding menghina mahkamah terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan terhadap Badan Kehakiman dengan serta-merta.

Kelmarin pula, seorang pakar perlembagaan dilaporkan berpandangan, tindakan Majlis Peguam meluluskan usul tersebut sebagai tindakan yang keras.

Ahli Majlis Profesor Negara (Kluster Politik, Governan dan Undang-Undang), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, dilaporkan berkata, tindakan badan guaman itu agak serius kerana mencalar kewibawaan seorang Peguam Negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI