fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Aksi bertenaga Cheong Min beri emas ke-25

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Cheong Min berjaya sumbangkan dua pingat emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 kali ini. Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Ratu wusyu negara, Tan Cheong Min menepati ramalan apabila meraih pingat emas kedua peribadinya pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas menjuarai acara gabungan Nandou – Nangun wanita pada aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar sebentar tadi.

Cheong Min yang juga olahragawati Kebangsaan 2019/2020 berjaya menewaskan wakil Myanmar, Aye Thitsar Myint yang meraih perak dengan jaguh Vietnam, Thi Tu Binh Phan melengkapkan kedudukan podidum.

Atlet wusyu berusia 24 tahun itu mengumpul 18.16 mata sekali gus menggandakan pingat emas yang dimenanginya pada acara Nanquan pada Rabu lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI