fbpx

Lebih RM100 juta hasil RTK 2.0 di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Syahmi (kanan) sedang menyantuni majikan yang hadir untuk program RTK 2.0 pembantu rumah asing di Jabatan Imigresen Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Lebih RM100 juta diperoleh hasil kutipan levi dan kompaun menerusi program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di Selangor.

Pengarah Imigresen Selangor, Dr. Muhammad Syahmi Jaafar berkata, kutipan bermula Januari hingga 10 Mei itu adalah hasil permohonan pendaftaran melibatkan seramai 182,754 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi RTK itu.

Katanya, sektor paling tinggi mendaftar adalah pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

“Selangor ini memang negeri termaju dengan pengoperasian kilang-kilang di kawasan perindustrian.

“Selain itu, jumlah tenaga buruh yang tinggi bermastautin di Selangor juga antara penyumbang kepada peningkatan permohonan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan RTK 2.0 bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) di sini, hari ini.

Menurut beliau, daripada jumlah permohonan itu didapati seramai 20,794 PATI telah selesai urusan verifikasi dan 19,699 permohonan telah diluluskan verifikasinya.

Tambah Muhammad Syahmi, terdapat faktor tidak lulus termasuk kesalahan imigresen yang tidak membenarkan mereka untuk proses selanjutnya.

Mengulas mengenai PRA, beliau menjelaskan terdapat seramai 7,250 PRA yang masih aktif di Selangor dengan warga tertinggi adalah Indonesia melibatkan 4,686 orang diikuti Filipina 2,091 dan Vietnam (201).

“Selain tiga negara itu, kita hanya membenarkan PRA ini dari sumber negara iaitu India, Kemboja, Sri Lanka, Thailand, Nepal dan Laos.

“Berdasarkan statistik RTK 2.0 PRA terkini di Selangor mendapati sebanyak 733 permohonan telah diterima dan hari ini adalah merupakan permulaan bagi urusan verifikasi PRA itu,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI