fbpx

Abang maut, adik patah kaki motosikal langgar tiang lampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal dinaiki dua beradik selepas terlibat kemalangan kira-kira pukul 11.10 minit malam semalam, di Jalan Persiaran Taman Sri Impian, Kluang.

KLUANG – Seorang remaja maut, manakala adiknya patah kaki kanan selepas motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan dalam kejadian di Jalan Persiaran Taman Sri Impian, kira-kira pukul 11.10 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penunggang motosikal, Muhammad Farish Hafiy, 13, meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya, Muhammad Amin Asyraf, 12, merupakan pembonceng.

Katanya, kemalangan berlaku ketika dua beradik itu dalam perjalanan daripada kawasan perumahan menuju ke lampu isyarat di Jalan Kluang – Kota Tinggi.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang kanak-kanak itu secara tiba-tiba hilang kawasan sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu jalan yang ada di atas pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, Muhammad Farish disahkan maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala manakala adiknya Muhammad Amin Asyraf patah kaki kanan selain cedera dibeberapa bahagian badan,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, pemeriksaan mendapati kedua-dua beradik ini tidak memakai topi keledar, tiada lesen memandu selain cukai jalan dan insuran sudah tamat tempoh.

Ujarnya lagi, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Pemilik akan dipanggil untuk tindakan saman kerana dibawah Sek 26(1) APJ 1987 iaitu mana-mana pemilik kenderaan tidak boleh membenarkan orang tiada lesen memandu menggunakan (memandu atau menunggang) kenderaannya,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI