fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Nusaybah Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan tahniah di Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Nusaybah Maszlee, atas kejayaan beliau menjadi pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi enam Anugerah Siswa Cemerlang di Universiti Georgetown, Qatar, baru-baru ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan di Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

“Ianya juga membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Malaysia, dengan iltizam dan usaha yang bersungguh-sungguh, mampu bersaing dan mencapai kecemerlangan di peringkat dunia.

“Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk bekerja keras dan memberikan yang terbaik bagi mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya, di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Nusaybah dan mendoakan agar beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan.

Terdahulu, selain memperolehi CGPA 4.0, Nusaybah yang juga anak kepada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik telah berjaya memenangi anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat dekan, thesis terbaik cemerlang dan juga anugerah pelajar paling cemerlang di dalam pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI