fbpx

Naib Ketua Wanita UMNO dilantik Pengerusi PTPTN baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) menyampaikan surat lantikan kepada Norliza, hari ini.

PETALING JAYA – Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang baharu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan Norliza itu diharap dapat menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik.

“Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembangunan hartanah, pengurusan harta dan dasar perumahan awam merangkumi sektor kerajaan serta swasta.

“Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norliza sebelum ini dilaporkan pernah menjawat sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA).

Beliau juga memiliki ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perakaunan), Sarjana Muda Perancangan Kewangan Lanjutan dan Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI