fbpx

58 pelajar terima manfaat biasiswa Yayasan LTAT-UIAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizar

KUALA LUMPUR – Seramai 58 pelajar terdiri daripada anak-anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima manfaat tajaan biasiswa di bawah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak 2016.

Ketua Eksekutif Yayasan LTAT, Datuk Dr. Mohd. Nizar Sudin berkata, jumlah itu melibatkan 53 penerima yang kini merupakan alumni termasuk lima pelajar yang sedang menuntut pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurutnya, tajaan biasiswa Yayasan LTAT-UIAM Ummatic itu dibuat menerusi kolabrasi strategik ‘endownment fund’ (IEF) bagi membantu anak-anak warga dan veteran ATM.

“Sebelum ini, Yayasan LTAT menyuntik dana sebanyak RM5 juta bagi pembinaan Mahallah di kampus Gombak UIAM.

“Ia dibina bertujuan untuk menjana pendapatan menerusi hasil sewaan yang digunakan sebagai biasiswa pendidikan untuk anak anak ATM,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Mahabbah Syawal LTAT, di Hotel Royal Chulan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta sebahagian alumni dan penerima manfaat biasiswa Yayasan LTAT-UIAM.

Dalam pada itu, Mohd. Nizar memberitahu, permohonan biasiswa itu adalah terhad kepada 10 orang setiap semester, namun dibuka kepada semua kursus.

“Permohonan ini terbuka hanya kepada anak-anak warga ATM yang merupakan pelajar tahun kedua di UIAM. Jika tiada, kita akan buka kepada orang awam.

“Dari segi nilai tajaan, ia berdasarkan kepada kursus yang ditawarkan dan boleh mencecah sehingga RM20,000. Ia termasuklah elaun pengajian, buku dan elaun sara hidup,” jelasnya.

Terdahulu, Lebih 1,000 tetamu dilihat hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Mahabbah Syawal LTAT di sini.

Majlis tersebut yang diadakan menerusi tiga sesi berlainan turut dihadiri kakitangan LTAT termasuk pihak subsidiari serta agensi media tempatan dan pemegang taruh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI