fbpx

JPDP siasat lanjut isu data bocor UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) memandang serius insiden ketirisan data peribadi lebih 11,000 orang pemohon Universiti Teknologi MARA (UiTM) seperti dilaporkan pengguna Twitter pada Selasa lalu.

Ketua Pengarahnya, Prof. Dr. Mohd Nazri Kama berkata, pihaknya telah menghubungi UiTM pada hari sama bagi mendapatkan maklum balas dan status pemilikan data yang terlibat.

Katanya, JPDP juga bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat sebarang pelanggaran di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

“Saya menggesa agar semua Pengguna Data untuk mematuhi Prinsip, Peraturan dan Standard Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta 709,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI