fbpx

Warga emas mati di tepi jalan kerana strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon ditemui dalam keadaan bogel dan dipercayai meninggal dunia akibat strok haba. – Freepik

BANGKOK –  Seorang warga emas di Thailand yang dikenali ramai kerana kerap berkaki ayam sejauh 2 kilometer untuk meminta makanan dan wang, ditemui mati di tepi sebatang jalan di wilayah Udon Thani semalam, lapor laman berita Thaiger.

Boon, 81, ditemui dalam keadaan bogel dan dipercayai meninggal dunia akibat strok haba.

Pada pukul 9 pagi (waktu tempatan) semalam, pegawai penyiasat dari Balai Polis Na Kha, Ratpol Mora Rat diberitahu oleh penduduk kampung mengenai penemuan mayat di tepi sebatang jalan di kawasan Ban Ngoi-Ban Nakhon Kaew.

Ratpol dengan ditemani pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian dan menemui mayat Boon dalam kedudukan mengerekot.

Pakaian milik wanita itu termasuk kain batik, baju-T, tongkat dan beg plastik yang mengandungi beberapa pakaian turut ditemui di sisinya.

Hasil bedah siasat mendapati dia mungkin meninggal dunia dua hari sebelum mayatnya ditemui selain tiada tanda pergelutan berlaku.

Boon juga dilaporkan meninggal dunia disebabkan strok haba akibat cuaca panas. Bajunya dipercayai ditanggalkan sendiri kerana terlalu panas dan ingin menyejukkan diri.

Boon menerima perhatian ramai apabila kisahnya dikongsikan di media sosial pada Julai tahun lalu sehingga membuatkan orang ramai simpati melihat keadaannya.

Pada hari dia dilaporkan hilang, Boon ada memberitahu anaknya bahawa dia ingin pergi ke rumah saudaranya yang sakit di sebuah kampung lain. 

Tambah warga emas itu, dia boleh berjalan kaki ke situ dalam keadaan berkaki ayam dengan dibantu oleh tongkatnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI