fbpx

Sidang Dewan Rakyat tamat awal angkara Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat minggu ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari berikutan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas ada beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19.

Namun tempoh masa itu tidak digunakan pada Jumaat ini apabila Belanjawan 2021 dibentangkan.

Usul memendekkan tempoh mesyuarat itu dipersetujui selepas dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hasan selepas selesai sesi pembentangan Rang Undang-undang pada mesyuarat itu.

Usul itu dikemukakan selepas mesyuarat tergempar diadakan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan semua ketua Whip  mewakili semua parti politik pagi tadi.

Takiyuddin berkata, satu norma baharu perlu diambil susulan perkembangan terbabit dan mengambil kira lokasi bangunan parlimen yang terletak di dalam kawasan Segambut.

“Dengan syarat apa-apa yang dilakukan kerajaan dan dewan tidak menjejaskan hak Ahli Parlimen, untuk berbahas dan untuk mengundi dalam dewan ini.

“Keduanya, pihak Parlimen akan mengendalikan satu tatacara pentadbiran membabitkan catatan kehadiran Ahli Parlimen dan keluar masuk di dalam dewan,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambah Takiyuddin, beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif Covid-19 dan mereka adalah pegawai kepada Ahli Dewan Negara.

“Dijangka ada Ahli Dewan Negara yang kemungkinan positif kerana pegawai terbabit bekerja dengan mereka dan ada ahli keluarga,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI