fbpx

Budak 6 tahun tahu ‘kendali’ kereta, tiada unsur mistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak enam tahun menunjukkan cara dia memandu kereta sebelum terlibat kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi malam kelmarin.

LANGKAWI – Polis menolak sebarang unsur mistik yang dikaitkan dengan kejadian kereta dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memberitahu, pihaknya menolak dakwaan terdapat kejadian mistik seperti ditularkan di media sosial.

Katanya, kanak-kanak terlibat telah ditemu bual semasa dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi keterangan ibu bapanya diambil.

“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kanak-kanak terbabit didapati mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.

“Kanak-kanak terbabit menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta selain menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek tangan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu juga boleh menerangkan tentang penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik.

“Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.

“Jarak rumah dengan kedai yang ingin dituju sejauh lima kilometer, namun terlibat kemalangan ketika sudah memandu separuh jalan,” ujarnya.

Shariman memberitahu, pemeriksaan kamera papan pemuka kereta bagaimanapun mendapati pemanduan tidak begitu stabil dengan kadang kala sedikit memasuki lorong bertentangan, ke kiri dan ke kanan.

Kosmo! Online hari ini melaporkan budak enam tahun yang memandu kereta Toyota Vios di Langkawi mendakwa kereta itu dipandu oleh makhluk berbulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI