fbpx

Dua sahabat baik maut motosikal bertembung lori balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal dinaiki dua pelajar sekolah remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori balak dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 26 Jalan Utama Felda Mempaga di Bentong hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Dua sahabat baik yang dalam perjalanan ke sekolah maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Kilometer 26 Jalan Utama Felda Mempaga di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.40 pagi itu, penunggang motosikal, Muhammad Fikrie Mohd Azhari ,15, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng, Muhammad Haziq Iskandar Khairul Amir, 15, menghembuskan nafas terakhir di Klinik Kesihatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis berkata, semasa kejadian kedua-dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sertik itu dalam perjalanan dari Felda Mempaga ke Sertik.

“Setiba di tempat kejadian, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori yang datang dari arah hadapan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI