fbpx

Lelaki maut tegur saiz payudara wanita ditikam empat kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI sembilan individu diperintahkan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Hasil laporan bedah siasat pengurus syarikat yang maut selepas menegur saiz payudara seorang pelanggan wanita di sebuah gerai di Taman Kenanga, Tengkera, di sini, kelmarin menemui empat kesan tikaman pada badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, satu kesan tikaman ditemui di rusuk sebelah kanan, dua lagi di rusuk kiri serta satu di bahagian belakang badan.

“Hasil pemeriksaan, doktor menemui empat kesan tikaman dengan dua di rusuk kiri yang telah mengenai hati dan jantung mangsa.

“Bagaimanapun punca kematian adalah akibat tikaman pada jantung,” katanya pada satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan lanjut dilakukan mendapati, si mati didakwa bukan sahaja menegur saiz payudara tetapi punggung wanita terbabit sehingga mencetuskan pergaduhan antara si mati dengan pengawal peribadi wanita berkenaan.

“Ketika itu berlaku pertengkaran antara si mati dengan pengawal peribadi terbabit, sebelum teman lelaki wanita itu datang menolong, namun mereka berdua telah dipukul oleh si mati bersama empat rakannya yang lain.

“Pengawal peribadi itu kemudiannya telah mengeluarkan pisau pendek dari poket seluarnya dan terus menikam si mati di bahagian hadapan dan belakang badan mangsa,” katanya.

Katanya, si mati telah rebah dan dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pengurus syarikat mati ditikam dalam satu pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mulut celopar mangsa menegur saiz payudara pelanggan wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia 35 tahun mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Kejadian dikatakan berlaku selepas si mati yang dalam keadaan mabuk telah datang ke kedai berkenaan untuk makan dan minum bersama rakannya sebelum menimbulkan kekecohan.

Polis kemudian menahan reman sembilan individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI