fbpx

Belum muktamad parti bersekutu guna logo ‘dacing’ – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid hadir bagi mempengerusikan JPTKK, di sini hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan untuk membenarkan parti sekutu dalam Kerajaan Perpaduan menggunakan logo ‘dacing’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya mengakui ada menerima hasrat itu daripada parti lain.

“Hasrat itu ada, tetapi belum dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kawalan Keganasan (JPTKK) di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini, Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan calon-calon yang dipertaruhkan daripada BN kekal menggunakan logo ‘dacing’ pada PRN nanti.

Ahmad Zahid berkata, keputusan mesyuarat adalah bahawa calon BN akan guna lambang BN namun tidak menolak jika ada parti lain di dalam kesepakatan yang berhasat untuk menggunakan logo parti tersebut.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat parti bersekutu dalam Kerajaan Perpaduan yang berhasrat menggunakan logo ‘dacing’ di negeri-negeri tertentu pada PRN nanti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI