fbpx

Wanita diragut selepas ditanya arah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Seorang suri rumah wanita bersama anaknya berdepan detik-detik cemas apabila disamun dua lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan di hentian bas hadapan sebuah surau di Jalan Ros 1, Bukit Sentosa, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut sekitar pukul 8.05 pagi.

Katanya, mangsa berusia 42 tahun bersama anak perempuannya berusia 10 tahun telah didatangi sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki dua lelaki tempatan.

“Kedua-dua suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum meragut rantai yang dipakai mangsa.

“Suspek yang kedua pula bertindak memegang tangan anak mangsa membuatkan mangsa menjerit meminta pertolongan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, jeritan mangsa membuatkan kedua-dua suspek terus melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang dipandu mereka.

Jelas Faizal, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengesan dan menangkap suspek yang terlibat,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI