fbpx

Sukan SEA Kemboja 2023: Skuad terjun ‘sapu bersih’ pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enrique Maccartney Harold meraikan kemenangan yang diraih pada acara platform lelaki hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID

PHNOM PENH – Seperti dijangka, penerjun negara berjaya menutup tirai Sukan SEA Kemboja 2023 dengan cemerlang selepas ‘sapu bersih’ semua empat acara yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Morodok Techo hari ini.

Prestasi cemerlang skuad negara di Pusat Akuatik Morodok Techo dilengkapkan dengan pingat emas dan perak yang diraih Enrique Maccartney Harold dalam acara platform lelaki sebentar tadi.

Enrique mengumpul mata keseluruhan 442.95, mengatasi rakan senegara, Bertrand Rhodict Anak Lises yang meraih 384 mata manakala atlet penerjun Singapura, Max Lee Shen Oon (362.8) memenangi gangsa.

Sebagai rekod, skuad terjun negara turut menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan di Sukan SEA Vietnam, tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI