fbpx

Anwar, Wan Azizah sertai sesi wacana santai keluarga ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan isteri, Wan Azizah berpeluang menyertai sesi wacana santai bersama rakan-rakan sejawat di Marina Dock dan Ayana Komoda Waecicu Beach, Indonesia.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menyertai sesi wacana santai bersama rakan-rakan sejawat di Marina Dock dan Ayana Komodo Waecicu Beach di Indonesia.

Anwar menerusi ciapan di Twitternya hari ini berkata, sesi wacana tersebut diadakan bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama negara-negara ASEAN.

“Kendati terikat dengan jadual padat Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 di Labuan Bajo, saya dan Azizah sempat menyertai sesi wacana santai bersama rakan-rakan sejawat di Marina Dock dan Ayana Komodo Waecicu Beach.

“Disamping menikmati pandangan di kepulauan yang terkenal dengan komodo, wisata alam, haiwan dan buatan.

“Peluang ini juga digunakan bagi merapatkan hubungan terjalin dalam mengukuhkan ketumbukan di bawah sebuah keluarga ASEAN yang harmoni,” ciapnya.

Terdahulu, Anwar berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.

Katanya, Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosio-budaya, keselamatan dan politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI