fbpx

Mahkamah Thai umum keputusan kes Tangmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Tangmo ditemukan pada 26 Februari lalu hampir dua hari selepas mangsa didakwa terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya ketika menaiki bot laju bersama lima individu lain. - Thaiger

BANGKOK – Sebuah mahkamah di Nonthaburi, Thailand membuat keputusan kes melibatkan kematian pelakon wanita, Pattharathida Patcharaweerapong (Tangmo) berusia 37 tahun, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Mahkamah sama memutuskan dua lelaki bersalah kerana mengendalikan bot tidak berlesen secara cuai hingga menyebabkan kematian mangsa.

Siasatan mendapati Thanatphat Lertthawiwit atau Por, 33, bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan serta denda 128,000 baht (RM16,955).

Bagaimanapun, memandangkan Thanatphat menunjukkan niat untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa, mahkamah mengurangkan separuh hukumannya.

Mahkamah mengurangkan hukumannya kepada penjara dua tahun sembilan bulan dan denda 64,000 baht (RM8,477). Dia juga perlu melakukan khidmat masyarakat selama tiga tahun.

Bagi Robert Boonchieng Pipatnuntakul, mahkamah mendapati dia juga bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun, empat bulan dan denda 18,000 baht (RM2,384).

Bagaimanapun, seperti Thanatphat, Robert juga menunjukkan hasratnya untuk membayar pampasan kepada keluarga mangsa. Oleh itu, mahkamah mengurangkan tempoh penjaranya kepada dua tahun dua bulan dan denda kepada 5,400 baht (RM715).

Selain itu, dia juga mesti memenuhi tempoh parol selama tiga tahun di mana dia akan melaporkan diri kepada mahkamah dan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat.

Kematian tragis Tangmo, bintang yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan Thailand telah menarik banyak perhatian umum kepada kes ini.

Pemergiannya bukan sahaja menggegarkan landskap media tetapi juga menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan bakat muda dalam industri hiburan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI