fbpx

Bekas pelajar antara ditahan pecah masuk sekolah swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Tiga lelaki warga asing termasuk seorang bekas pelajar ditahan selepas dipercayai memecah masuk sebuah sekolah swasta di Taman Ampang Utama, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu laporan diterima daripada seorang lelaki warga asing berusia 39 tahun yang juga pengusaha sekolah swasta tersebut pada 6 Mei lalu.

“Menurut pengadu, sebaik tiba di pejabatnya, dia menyedari tingkap bilik terbabit dalam keadaan tidak berkunci dan terdapat kesan umpil.

“Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah decoder dan 13 komputer riba pelbagai jenis di makmal komputer hilang yang disyaki dicuri dengan kerugian dianggarkan RM8,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu, pihaknya menahan tiga lelaki warga asing berusia 19 hingga 20 tahun termasuk bekas pelajar di sekolah swasta berkenaan, semalam.

Tambahnya, ketiga-tiga suspek ditahan di Jalan Ampang Kiri, Taman Ampang Utama dan Jalan Putra Sulaiman Ampang.

“Dalam kejadian itu, polis turut merampas satu beg, lapan komputer riba dan dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap ketiga-tiga suspek didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI