fbpx

Lebih 1,000 pengunjung meriahkan sambutan Aidilfitri PLUS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta (kiri) bersama Nik Airina (dua kiri) ketika melakukan lawatan ke TMC, di Persada PLUS, Petaling Jaya hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

PETALING JAYA – Kira-kira 1,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri PLUS Malaysia Berhad (PLUS) 2023, yang diadakan di sini, petang ini.

Selain pelbagai agensi media tempatan, pemegang taruh, agensi swasta, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam majlis sama, Alexander Nanta juga mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke Pusat Pemantauan Trafik (TMC), di Persada PLUS.

Beliau ketika lawatan tersebut turut menyatakan keterujaan dengan sistem yang digunakan di TMC itu untuk mengawal selia laluan di bawah kelolaan PLUS.

“Difahamkan sistem canggih ini sangat membantu untuk pastikan urusan keselamatan jalan raya sepanjang lebih 1000 kilometer ini.

“Jadi nampaknya dengan sistem terkini dan sangat canggih ini, saya yakin ia dapat mengesan apa yang berlaku dengan kadar segera,” katanya.

Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad manakala taklimat lanjut ketika lawatan berlangsung, disampaikan oleh Pengarah Urusan PLUS yang baharu iaitu Datuk Nik Airina Nik Jaffar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI