fbpx

Wanita warga emas tinggal seorang ditemui mati dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Seorang wanita warga emas yang tinggal seorang diri ditemui mati di bilik sebuah rumah di Batu 8, Jalan Pantai Telok Kemang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mangsa berusia 67 tahun itu yang tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari.

“Mangsa mempunyai sejarah rawatan darah tinggi dan kencing manis tinggal seorang diri. Warga emas itu dijumpai di dalam bilik kedua rumah tersebut.

“Pembantu Perubatan dari Hospital Port Dickson telah mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian pada pukul 1.30 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HTJ pada pagi ini tidak menemukan sebarang perlakuan jenayah ke atas tubuh badan mangsa. Sebab kematian tidak dapat dikenal pasti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI