fbpx

Wanita bengang kondom terpakai jatuh atas pokok tanaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi wanita berkenaan yang menunjukkan satu kondom terpakai jatuh di pokok tanamannya.

PETALING JAYA – Tinggal di kondominium tidak seindah yang disangka, malah pelbagai masalah yang di luar jangka boleh berlaku kepada penghuninya.

Terbaharu, seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila mendapati kondom terpakai terjatuh atas pokok yang ditanam di kondominiumnya.

Menerusi perkongsian di Twitter @mimierhmn, dua foto dikongsi wanita berkenaan menunjukkan satu kondom terpakai terselit di pokok Ajinomoto kesayangannya.

“Pesanan ikhlas ya anak-anak. Jangan la buang kondom dekat (melalui) tingkap kalau hidup di kondominium atau apartmen.

“Jatuh atas pokok, aku boleh la nak godek-godek bagi masuk plastik tanpa guna tangan. Tapi kalau jatuh atas compressor aircond, siapa nak kutip?” soalnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial dan ramai juga turut berkongsi pengalaman sama mereka mengenai kejadian tersebut.

“Kenapa warna dah nampak coklat tu? Kotor betullah. Kalau duduk di rumah tinggi memang macam ni kena hadap. Elok buat ujian DNA ni,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kena letak memo di setiap tingkat, tulis kalau ada ada jatuh lagi ujian DNA bakal dilakukan. Aku pernah kena, tapi atas cermin belakang kereta. Aku selamba je bawa pergi kerja,” kata Mahmustapa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI