fbpx

Liga Europa: Roma harapkan sokongan jitu peminat di Stadium Olimpico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DYBALA dilaporkan cergas untuk mengetuai jentera serangan Roma berdepan Leverkusen awal pagi esok. – AFP

ROM – Pengendali AS Roma, Jose Mourinho bermotivasi tinggi dan percaya pasukannya mampu untuk meraih kemenangan pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa menentang Bayer Lever­kusen awal pagi esok.

Bagaimanapun, kekalahan 0-2 kepada Inter Milan pada aksi Serie A sebelum ini sedikit merencatkan persiapan Roma, namun Mourinho berharap para penyokong pasukan itu tidak kehilangan semangat untuk memberikan sokongan pada aksi di Stadium Olimpico itu nanti.

“Saya berbangga dengan semua pemain yang saya miliki ketika ini. Saya akan menjadi emosi apabila bercakap mengenai mereka.

“Kami akan berdepan perlawanan penting (menentang Lever­kusen) untuk para peminat, kami juga berdepan beberapa isu kecederaan dan perkara lain yang perlu diselesaikan sebelum aksi itu nanti.

“Saya berharap dapat sekali lagi melihat sokongan hebat daripada para peminat yang meme­nuhi stadium bagi membantu pemain mendapatkan kemenangan perlawanan itu nanti,” katanya.

Biarpun berdepan masalah kecederaan beberapa pemain pen­ting, Mourinho mampu menarik nafas lega apabila tiga pemain tonggaknya dijangka mampu untuk disenaraikan pada perlawanan menentang Leverkusen itu nanti.

Penggempur utama, Paulo Dybala dan pemain tengah, Gini Wijnaldum yang dilaporkan sudah kembali menjalani latihan penuh bersama pasukan utama mampu untuk memperkuatkan Giallorossi.

Selain itu, seorang lagi pe­nyerang berbisa Roma, Andrea Belotti juga disahkan cergas oleh pasukan perubatan biarpun dia dilaporkan mengalami keretakan tulang rusuk kira-kira seminggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI