fbpx

F1: Red Bull mula resah kebangkitan pesaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RED BULL berjaya menguasai saingan F1 musim ini selepas empat perlumbaan, namun bimbang dengan kebangkitan dua pesaing mereka, Ferrari dan Mercedes. – AFP

MIAMI – Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner tanpa berselindung mengakui beliau bimbang dengan kebangkitan yang mungkin ditunjukkan Ferrari dan Mercedes dalam saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Setakat ini, Red Bull menunjukkan dominasi dalam kempen 2023 apabila mencatat keputusan 1-2 dalam empat daripada lima perlumbaan setakat ini, di­ekori Aston Martin yang dianggap pasukan kedua terpantas.

Meskipun menguasai saingan setakat ini, namun Red Bull tetap bimbang memandangkan mereka tidak diberikan masa mencukupi untuk membangunkan jentera selepas melanggar peraturan kewangan F1 musim lalu.

“Saya tidak tahu (tahap cabaran) kerana saingan musim ini masih panjang. Selain itu, saya percaya Mercedes ada banyak masa untuk lakukan naik taraf terhadap jentera mereka sebelum musim berakhir.

“Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku kerana saya ada dengar spekulasi Mercedes ada banyak perancangan untuk naik taraf terhadap jentera mereka, begitu juga dengan Ferrari,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan Ferrari dan Mercedes hanya menggunakan jentera spesifikasi B pada ketika ini, Horner menjelaskan, Red Bull patut risau dengan situasi tersebut.

“Sekiranya mereka benar-benar menggunakan jentera spe­sifikasi B sekarang, pasti ada perubahan ketara selepas ini. Sementara itu, kami juga berdepan beberapa halangan untuk naik taraf jentera tahun ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI