fbpx

Perbicaraan pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN Maseri (tengah) dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban hari ini oleh pegawai penjara bagi perbicaraan pertuduhan menyebarkan menyebarkan ajaran salah yang dihadapinya-Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Perbicaraan terhadap pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna, Wan Maseri Wan Mohd., 59, di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban di sini hari ini yang berdepan pertuduhan menyebarkan menyebarkan ajaran salah ditangguhkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Hakim Syarie, Ruzita Ramli, membuat keputusan tersebut bagi memberikan ruang secukupnya kepada peguam tertuduh yang baru dilantik, Yusof Rahmat untuk mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya itu.

Terdahulu, Yusof memohon daripada mahkamah untuk pihaknya mendapatkan dokumen berkaitan kes daripada pihak pendakwaan. Ia bagi proses penyediaan pembelaan kes tersebut serta representasi kepada pendakwaan.

Pada 28 Februari lalu, Wan Maseri didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban di sini atas pertuduhan menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan dirinya adalah jurutaip Allah.

Tertuduh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Wan Maseri didakwa menyebarkan ajaran salah kepada sekumpulan orang Islam dengan menyatakan antara lain bahawa dirinya adalah jurutaip Allah, roh manusia daripada zat Allah dan segala tindakan adalah berdasarkan arahan terus dari Allah.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 9.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Nuri Balai Panjang, Johol di Kuala Pilah pada 27 Februari 2023.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 pindaan 2019.

Wan Maseri kini menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas dia pada 28 Februari lalu dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dan denda sebanyak RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah.

Hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah mengajar agama tanpa tauliah di lokasi dan tarikh yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI