fbpx

UCL: Man. City sedia guna kelebihan Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE berjaya meledak gol penyamaan untuk membawa pulang bekalan satu gol menjelang aksi separuh akhir kedua di Etihad nanti.– AFP

MADRID – Manchester City semakin yakin untuk menempah tiket final Liga Juara-Juara musim ini selepas berjaya mengikat Real Madrid 1-1 pada separuh akhir pertama di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Keyakinan disuarakan pemain sayap sensasi The Citizens, Jack Grealish yang merasakan mereka mampu melakukannya dan menebus kekecewaan tewas di ta­ngan juara Eropah itu di peringkat sama tahun lalu.

Grealish, 27, juga percaya ia berdasarkan rekod hebat City di Etihad dengan hanya satu kekalahan daripada 17 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

“Kami mempunyai pasukan baharu dengan pemain-pemain berbeza tahun ini. Boleh dikatakan ini adalah pasukan seimbang dengan ramai tonggak berpengalaman dan beberapa pemain muda berkelas dunia.

“Kualiti yang ada ini membuatkan saya turun dengan keyakinan begitu tinggi dengan kehadiran mereka di sekeliling saya. Malah, rekod kami di Etihad juga sukar dikalahkan,” katanya.

Sementara itu, pengurus City, Pep Guardiola, 52, memuji aksi para pemainnya kerana berjaya menghidupkan peluang mereka dengan gol penyamaan Kevin De Bruyne pada minit ke-67 mema­dam jaringan awal Real menerusi Vinicius Junior.

“Tahniah kepada Real kerana menjadikan perlawanan ini se­ngit.

“Permulaan kami cukup baik, tetapi ia masih gagal menghalang mereka untuk menjaringkan gol.

“Sekarang peluang terbuka buat kedua-dua pasukan di Manchester minggu depan. Ia ibarat perlawanan akhir buat penyokong-penyokong kami di sana,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI