fbpx

Kampung Budaya Terengganu kembali dibuka untuk kunjungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampung Budaya Terengganu kembali dibuka untuk kunjungan mulai semalam.

KUALA TERENGGANU – Kampung Budaya Terengganu di sini yang ditutup sementara bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 hampir sebulan lalu kembali dibuka untuk kunjungan mulai semalam.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Jabatan Perlancongan Terengganu, tiket kemasukan Kampung Budaya Terengganu ditawarkan pada harga istimewa sehingga akhir tahun ini.

“Tiket kemasukan untuk pengunjung dewasa kini cuma RM10, manakala kanak-kanak bawah 12 tahun, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) pula RM5.

“Ia dibuka dari pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang pada setiap Sabtu hingga Khamis, manakala pukul 2.30 petang hingga pukul 5 petang pada Jumaat,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Kampung Budaya Terengganu yang terletak di Losong ditutup sementara dari 5 Oktober hingga 31 Oktober lalu berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini

Kampung Budaya Terengganu yang mula dibuka pada 3 September tersebut berkonsepkan muzium hidup yang menonjolkan kesemua kesenian, budaya dan warisan tradisional terdapat di lapan daerah di negeri tersebut.

Pakej berkonsep pelancongan warisan berkenaan menyediakan tujuh segmen termasuk seni bina lima rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Istana Tengku Long, Rumah Tele, Rumah Limas Belanda, Rumah Bujang Berkembar dan Rumah Bujang berserambi Selasar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI