fbpx

Sampah tular di Pantai Tok Bali atas kawasan tanah persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUNNY MADU merakam video dan kecewa dengan tahap kebersihan Pantai Tok Bali yang disifatkannya sangat menyedihkan.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menegaskan lambakan sampah sarap di Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dekat Pasir Puteh yang tular di sosial baru-baru ini melibatkan tanah persendirian dan bukan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, kebersihan di sekitar kawasan pantai di Tok Bali sentiasa terjaga kerana pihaknya telah melantik kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan rutin mengutip sampah.

Menurutnya, meskipun ada tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, pihaknya sudah mengarahkan PBT untuk membersihkan kawasan itu.

“Ada dua kawasan di pantai tersebut iaitu sebahagiannya di bawah seliaan PBT dan sebelah lagi tanah milik persendirian. Jadi, kawasan yang telah tular di media sosial itu adalah tanah milik persendirian.

“Meskipun ia tanah milik persendirian, kita telah arahkan PBT untuk membersihkan kawasan berkenaan dan diharap semua pihak dapat bertanggungjawab menjaga kebersihan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Tunjong hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, penyampai radio jelita, Hunny Madu, menzahirkan rasa kecewa apabila melihat tahap kebersihan di Pantai Tok Bali yang disifatkannya sangat menyedihkan.

Hunny atau nama lengkapnya Hani Farhana Mohd Hatim, 39, terpaksa membatalkan niatnya untuk menyinggah dan membeli aiskrim di tepi pantai setelah melihat keadaan persekitaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI