PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang bermula 10 pagi hingga 12.30 tengah hari esok.
Justeru itu, MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, penduduk di kawasan sekitar diminta agar tidak panik sekiranya mendengar bunyi siren berkenaan.
“Ujian siren tersebut akan dilakukan di Pantai Teluk Cempedak. Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu ujian sahaja.
“MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE