fbpx

Pasukan aerobatik 5 negara bakal gegarkan pertunjukan udara LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi ketika ditemui pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM di Wisma Perwira, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima pasukan aerobatik yang dihantar bagi pertunjukan udara bakal menggegarkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) yang akan berlangsung pada 23 Mei ini.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, terdapat lima negara telah bersetuju untuk menyertai pertunjukan terbabit.

Menurut Affendi, antaranya adalah pasukan dari Indonesia, China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Russia.

“Untuk LIMA’23 tahun ini, kita jangka segmen pertunjukan udara amat meriah sebab biasanya kalau ada lima negara buat sekali ini, Kita boleh nampak semangat mereka untuk bertanding.

“Bagaimanpun, kita akan pastikan mereka laksana pertunjukan tersebut mengikut peraturan keselamatan.

“Jadi, dalam tempoh masa dua jam itu, kita akan melihat sesuatu pertunjukan yang boleh disifatkan sebagai menggerunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Affendi berkata, keadaan cuaca panas dan kurang hujan ketika ini dilihat tidak menganggu persiapan LIMA’23.

Bagaimanapun, jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk bersedia dengan membawa payung serta air yang secukupnya ketika menghadiri pameran berprestij itu.

“Kalau tak ada hujan adalah bonus tetapi kalau terlalu panas mungkin akan menghadkan kemampuan pengunjung untuk melihat pameran pesawat-pesawat.

“Namun, saya berharap cuaca panas di kawasan utara akan menurun sedikit kerana ia adalah di luar kawalan kita tetapi saya pasti ramai dahagakan pertunjukan LIMA tahun ini” ujarnya.

LIMA’23 bakal menyaksikan penyertaan lebih 600 pempamer melibatkan lebih 60 negara yang mana merupakan pameran terbesar pernah direkodkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI