fbpx

Ebit Lew sifatkan dua anggota polis sebagai pejuang tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Ebit Lew (tengah) memberikan penghormatan terakhir kepada Konstabel Nicholester Dadup Unggat dengan diiringi Ayob Khan (kanan) dan kakak mangsa, Elizcavelynicy Unchi Unggat (kiri).

JOHOR BAHRU – Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew sedih dengan pengorbanan dua anggota polis sehingga salah seorang daripada mereka terkorban ketika menjalankan tugas ketika mengejar penjenayah semalam.

Ebit Lew berkata, sebaik menerima berita kemalangan itu dia terus bergegas ke Johor Bahru bagi menziarahi kedua-dua anggota itu yang disifatkannya sebagai pejuang kerana sanggup mempertaruhkan nyawa demi keselamatan tanah air.

“Saya sangat sedih hari ini apabila perginya seorang pejuang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Konstabel Nicholester Dadup Unggat dan Lans Koperal Mohd. Khairul Musa pula cedera parah. Mereka kemalangan semasa mengejar penjenayah.

“Selepas itu, saya terus bergegas ke Johor. Sebaik sampai, terharu sangat apabila Ketua Polis Johor yang teramat saya hormati dan sayangi Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menanti saya dan bawa ziarah mereka walau dah malam. Semua anggota polis dan keluarga ramai di sini,” katanya dalam akaun Facebook beliau.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Nicholester maut selepas cedera parah pada bahagian kepala, manakala rakan setugas Mohd. Khairul, 32, cedera parah setelah kereta peronda MPV Polis dinaiki mereka terbalik ketika mengejar kereta suspek di Jalan Kangkar Tebrau Kampung Kangkar Tebrau.

Dalam pada itu, Ebit Lew berkata, kakak Nicholester iaitu Elizcavelynicy Unchi Unggat amat terharu dengan kehadiran beliau untuk menziarahi jenazah anggota polis itu dan tidak menyangka kehadirannya bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Beliau dimaklumkan oleh Elizcavelynicy bahawa adiknya amat bercita-cita untuk menjadi polis sejak kecil lagi dan sanggup menaiki bas untuk pergi menghadiri temu duga pengambilan anggota polis.

“Saya sempat beri kata semangat dan ucap takziah dan semoga sabar. Selepas itu ziarah seorang lagi anggota cedera parah dengan isteri dan anak semua ada di hospital. Sayu rasa apabila melihat isterinya menangis. Allahuakbar,” katanya.

Kata Ebit Lew, beliau kemudian memberikan sumbangan RM2,000 kepada setiap keluarga, namun ia tidak terbalas perjuangan dan pengorbanan mereka serta berharap semua keluarga tabah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI