fbpx

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah miliki peralatan tidak diperakui SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAH Mei Chi (tengah) diiringi Vivek Sukumaran (kiri) keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban selepas dia mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki pemain media tanpa wayar yang tidak diperakui SKMM tahun lalu.Foto NAZARUDIN SHAHARI.

SEREMBAN – Seorang pemilik sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini di atas dua pertuduhan memiliki pemain media (media player) tanpa wayar yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun lalu.

Tertuduh, Ciah Mei Chi, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan berkenaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki dengan tujuan menjual satu unit media player tanpa wayar jenama Svicloud model 3 Pro serta lapan unit jenama Svicloud model M8S PRO W.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai di Jalan Besar Port Dickson dekat Lukut kira-kira pukul 12.50 tengahari pada 28 Julai 2022.

Pendakwaan dibuat di bawah Peraturan 16 (1)(d) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 16(3) Peraturan sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 26 Jun depan sebagai tarikh serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI