fbpx

Bekas CEO MARii didakwa kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Madani depan selepas prosiding pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) didakwa lagi buat kali ketiga di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, bagaimanapun tidak mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM4 juta yang dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Ini menjadikan 11 pertuduhan keseluruhan dihadapi tertuduh dengan dua berkaitan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5juta selepas didakwa pada 14 April lalu dan kelmarin masing-masing satu di Mahkamah Sesyen di sini dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan tujuh pertuduhan, Mohamad Madani didakwa telah melibatkan diri secara tidak langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dengan memberikan arahan dan memindahkan wang dari akaun milik peguamnya berjumlah RM1 juta.

Pemindahan itu kepada empat jenis akaun milik dua individu termasuk wanita selain masing-masing satu bagi sebuah syarikat dan firma guaman melibatkan dua bank berlainan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa dua lagi pertuduhan dengan tujuan pembelian saham berjumlah RM3 juta.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah cawangan bank di daerah ini selain sebuah syarikat di Subang Jaya antara 10 Julai 2021 hingga 21 Februari 2022

Justeru, bagi sembilan pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dihukum dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Asraf Mohamed Akhir memaklumkan menggunapakai wang jaminan RM300,000 daripada kes yang dihadapi di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum ini.

Permohonan juga dilakukan supaya semua pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram serta satu kes berkaitan rasuah dihadapinya sebelum ini di mahkamah sama dipindahkan untuk dibicarakan bersama kes rasuah yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Peguam Rahmat Hazlan tidak membantah dan mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan dengan sebutan semula kes pada 9 Jun depan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Mohamad Madani mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah melibatkan syarikat subsidiari kepada MARii.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 14 April lalu, lelaki itu didakwa menerima suapan RM5 juta daripada seorang lelaki berusia 48 tahun melalui akaun bank milik sebuah firma guaman atas arahan lelaki lain berusia 37 tahun sebagai upah kerana telah membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.

Dia juga dituduh meminta suapan untuk dirinya RM5 juta daripada seorang individu berusia 37 tahun sebagai dorongan untuk dirinya membantu mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja berjumlah RM24 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Mei lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI